Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz membantu penduduk menyiapkan rumah yang musnah akibat banjir.

TUMPAT – Pengerusi Jawatankuasa Bersama Banjir Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed menggesa Majlis Keselamatan Negara (MKN) mempercepatkan pembayaran wang ihsan RM500 kepada mangsa-mangsa banjir.

Datuk Seri mahu wang berkenaan sampai kepada semua mangsa banjir selewat-lewatnya akhir bulan ini kerana pada masa kini proses pengagihannya didapati perlahan walaupun peruntukan disediakan sejak Januari lalu.

Beliau memaklumkan, sehingga kini, hanya 29,162 daripada 87,470 keluarga mangsa banjir telah menerima wang ihsan tersebut.
"Hanya 1/3 wang ihsan selesai diagihkan dan kita berasa amat dukacita kerana ia lambat diagihkan," katanya selepas meninjau kerja-kerja baik pulih rumah mangsa banjir di Kampung Kebakat, di sini, kelmarin.
Hadir sama, Pemangku Ketua Umno Bahagian Tumpat, Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz.

Mustapa memberitahu, sebanyak 2,676 rumah yang terjejas akibat banjir telah dikenal pasti untuk dibaiki di negeri ini.
"Di Tumpat melibatkan 30 rumah. Tetapi tinggal lima rumah sahaja lagi perlu dibaiki kerana sebelum ini, kerja baik pulih rumah di kawasan ini telah mendapat kerjasama daripada Universiti Malaya.
"Kos untuk kerja-kerja baik pulih adalah sebanyak RM10,000 bagi setiap buah rumah," 




 
Top