KOTA BHARU  23 Mac 2015 -  (MTRK) Majlis Tindakan Rakyat Kelantan, meminta DAP berhenti campur tangan dalam urusan agama Islam khususnya menentang pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau undang-undang hudud, qisas dan takzir di Kelantan.

Presidennya, Che Azmi Mohd Ali berkata, undang-undang berkenaan adalah hak orang Islam yang tidak perlukan campur tangan pihak lain.
"Hentikanlah campur tangan atau apa bentuk pendapat yang boleh cetuskan ketegangan kaum kerana ini urusan orang Islam.
"Ini (campur tangan) kerana tindakan tersebut boleh mencetuskan kacau bilau dan perkara yang di luar jangkaan dalam sekelip mata sahaja," 
kaum lain perlu menghormati orang Melayu dan agama Islam yang diamalkan di negara ini sepertimana yang dilakukan orang Melayu kepada kaum lain.


Dalam perkembangan sama, Che Azmi berkata, Pas perlu mengambil pendirian meninggalkan pakatan pembangkang jika ia menjadi halangan kepada pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Kelantan kelak.
"Sepatutnya Pas sudah lama sedar dan meninggalkan pakatan berkenaan kerana seperti yang kita maklum sekarang jelas mereka (PAS, DAP, PKR) tidak sehaluan.
Dun Kelantan meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri ini selepas 44 anggota dewan sebulat suara meluluskan rang undang-undang itu pada khamis lepas.
 
Top