Dulu: "Tunggu kami jadi kerajaan, baru laksanakan janji."

Bila dapat tawan dua kerajaan Negeri: "Tunggu kami jadi kerajaan pusat baru kami laksanakan janji"

Bila dapat kerajaan pusat: "Tunggu 100 hari untuk kami laksanakan janji"

Bila dah 100 hari: "Tunggu 5 tahun baru kami laksanakan janji"

Bila dah 5 tahun:  "Kerajaan dulu perintah 60 tahun, bagi kami 60 tahun untuk laksanakan janji"

Bila dah 60 tahun: "Firaun - firaun dulu perintah beribu tahun. Bagi kami 1000 tahun untuk tunaikan janji"

Bila dah 1000 tahun: Dia jawab "Nabi pun mungkir janji"

Bila kita tanya pasal manifesto: Dia kata "Manifesto tidak ada dalam Quran dan ianya hanya gimik pilihanraya."

Bila kita nasihat cara kerja dia salah: Dia kata malaikat pun buat salah".

Bila 300 ribu rakyat taknak seseorang Menteri: Dia kata "saya puas hati dengan kerja Menteri itu".

Bila kita kata kenapa cerita pada dunia kita hanya ada empat pesawat pejuang: Dia jawap "Saya bukan suruh musuh serang kita".

Bila kita tanya kenapa perlu ada sekolah cina dan tamil: Dia jawab rakyat malaysia kena tahu sekurang2 nya 3 bahasa Dan Kita Akan tukar kasut putih kepada kasut hitam".

Bila kita tanya kenapa ambil Setiausaha politik yang ada kes rasuah: Semua diam.

Bila tanya kenapa tidak ada seorang pun perasuah di bicara dan di penjara:   Mereka Jawab, " Kami Masih siasat dan  belum cukup bukti kukuh".

Bila tanya kenapa perlu bayar PTPTN walau pun gaji Tak sampai 3,000 seperti di janji:  Mereka jawab, "kalau tak bayar negara boleh bankrupt dan hutang mesti bayar".

Bila tanya kalau dah hapuskan GST kenapa harga barang tak Turun:  Mereka jawab "Dengan SST Kerajaan rugi 20 billion".

Bila tanya kenapa suka cakap macam orang munafik: Mereka akan kata "Kalau tak suka jangan duduk Malaysia."

PENAT DAH NAK BERTANYA.

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Wallahualam.

Mior Rosli TUDM Bersara
21 Disember 2018
 
Top