Baru-baru ini, apabila TGHH
menarik kembali saman terhadap Sarawak Report, maka bertubi-tubilah cyber trooper PH menyalak di group-group whatsapp dan telegram. Tidak ketinggalan di facebook dan pelbagai lagi media maya yang ada.

Secara tidak langsung ianya telah menutup isu-isu lain yang lebih besar seperti isu penghinaan terhadap Yang Dipertuan Agong, isu almarhum Adib yang berkemungkinan mati dibunuh oleh pelampau dalam rusuhan kuil dan pelbagai lagi isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan rakyat.

Mereka lupa bahawa pimpinan mereka juga juara dalam isu tarik balik saman ini. Bahkan ada kes yang mereka sehingga kini sengaja mendiamkan diri untuk tidak menjawabnya sama sekali.

Dalam kes Razali menuduh DAP agen Yahudi dengan memberikan bukti-bukti di dalam ceramahnya, sehingga kini LKS dan LGE, atau sesiapa sahaja di dalam DAP, tiada apa tindakan yang diambil. Persoalannya kalau mengikut kaedah fiqh DAP @ PH, adakah memang benar DAP ada agenda untuk menjatuhkan Islam?

Usahkan hendak menyaman, berbunyi pun tidak dalam kes Razali.

Dalam kes 1MDB juga, tiada tangkapan yang dibuat terhadap DSN yang dituduh bertalu-talu dengan isu tersebut. Dalam rakyat teruja untuk melihat DSN ditangkap atas isu 1MDB ini, tiba-tiba satu laporan polis dibuat atas sebab DSN memviralkan program selfienya di Pulau Langkawi.

Maka disebabkan banyaknya perkara yang tidak dapat ditunaikan PH dalam *MANIFESTO BUKAN KITAB SUCI,* maka langkah termudah adalah dengan menjaja fitnah kepada musuh politiknya, samada PAS ataupun UMNO. Dalam isu 90 juta pun, sehingga kini PH yang berkuasa di Malaysia masih tidak dapat menunjukkan bukti bahawa terdapatnya transaksi dalam isu tersebut.

Ke depan ini, pilihanraya kecil di Semenyih bakal menyaksikan lagi bagaimana fitnah 90 juta ini akan dimainkan semula. Mungkin dalam masa terdekat, TGHH akan ditahan sehingga PRK Semenyih dan dibebaskan selepas itu. Ada ura-ura kononnya SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung isu 90 juta ini.

Apapun yang terjadi, marilah kita saksikan bersama kerana Semenyih ini adalah medan terpenting buat PH bagi membuktikan yang mereka masih lagi diberi sokongan oleh rakyat dan bagi mereka melihat kembali peluang mereka dalam PRU 15 nanti.

#MampuCentre
#IslamMemimpin
#IslamBangkit
#MembangunBersamaIslam

Sertai Kami Di :
http://telegram.me/tongkatsunan

 
Top