CINA DAP BUAT LAPORAN SPRM, TUN DR. MAHATHIR ADA KEKAYAAN RM1.194 TRILLION!

Ada satu perkembangan yang menarik....

Siapa individu yang bernama Abdul Hamid yang tiba-tiba mendapat perhatian luar biasa hari ini, terutama daripada DAP?

Chong Zhemin, Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak dan Setiausaha Politik Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming segera menggunakan isu yang dibangkitkan itu dengan segera membawanya ke pengetahuan SPRM menerusi laporan yang dibuat.

Dalam kenyataan medianya, Chong Zhemin berkata laporan SPRM itu dibuat kerana dakwaan terbaru oleh Abdul Hamid bahawa Mahathir menyerang Najib kerana Najib telah menghalang Mahathir daripada membawa masuk dana berjumlah RM1.194 trilion ke Malaysia, sekaligus menjadikan Mahathir secara tidak rasminya merupakan orang terkaya di dunia.

"Bekas rakan Tun Mahathir, Abdul Hamid mendakwa, antara alasan yang menyebabkan Mahathir menyerang Najib adalah kerana Mahathir gagal memindahkan wang berjumlah RM1.194 trilion ke Malaysia. Abdul Hamid juga mendakwa, Najib sebagai Menteri Kewangan enggan menandatangani dokumen yang membolehkan dana tersebut dibawa masuk.

"Seandainya pendedahan tersebut adalah benar, ianya amat memeranjatkan dan telah memecahkan tiga rekod dunia.

"Pertama, dengan RM1.194 trilion (USD279 bilion), akan menjadikan Mahathir sebagai orang terkaya di dunia, di mana nilai kekayaan bersihnya akan menjadi lebih 3.5 kali ganda lebih tinggi daripada orang terkaya di dunia menurut Forbes 2015 yang hanya memiliki USD79.2 bilion.

"Kedua, dengan RM1.194 trilion dana yang dimiliki oleh Mahathir, akan menjadikan dia satu-satunya bekas Perdana Menteri di dunia yang mempunyai kekayaan terkumpulan bersamaan dengan 4.47 kali ganda berbanding belanjawan negara. Jumlah perbelanjaan Malaysia sebagai dinyatakan di dalam belanjawan 2016 adalah RM267 bilion.

"Ketiga, Mahathir juga merupakan satu-satunya bekas Perdana Menteri di dunia yang mempunyai kekyaan luar biasa yang boleh membayar keseluruhan hutang luar negara. Hutang luar negara sekarang ini adalah berjumlah RM740.7 bilion.

"Mahathir perlu menjelaskan bagaimana dia memperolehi kekayaan luar biasa itu yang merupakan 3.5 kali ganda berbanding kekayaan bersih Bill Gates, 4.47 kali ganda berbanding belanjawan negara dan 1.6 kali ganda berbanding hutang luar negara. Dia perlu menjelaskan dari mana sumber kewangannya dan juga jumlah cukai yang telah dibayarnya daripada kekayaan luar biasa itu.

"DAP Perak hari ini telah membuat laporan di SKMM Ipoh ke atas Tun Mahathir berdasarkan dakwaan oleh Abdul Hamid. Saya menggesa, SKMM untuk melakukan siasatan sekiranya RM1.194 trilion dana yang dimiliki oleh Mahathir adalah secara haram dan mengambil tindakan segera sekiranya terdapat sebarang salah laku." - Chong Zhemin.

[Sumber]

 
Top