Hentikanlah kempen sia2 untuk keluarkan wang deposit daripada Tabung Haji. Fikir secara rasional di samping harus ada rasa tanggungjawab utk pertahankan institusi milik orang Islam iaitu kita semua. Ada beberapa isu perlu difahami sebelum buat apa2 keputusan yang tidak bijak:

  • Semua duit deposit dijamin 100% oleh kerajaan. Jadi tak perlu bimbang kononnya duit kita lesap bila Tabung Haji rugi (kalaupun betul dakwaan rugi)


  • Lagipun Tabung Haji mempunyai dana rizab yang besar iaitu RM56 Billion. Daripada jumlah ini hanya 10-15% diperuntukkan untuk pelaburan hartanah.


  • Sejak 10 tahun ini, Tabung Haji sentiasa berjaya, bahkan trend menaik dari tahun ke tahun dalam pemberian bonus yang tinggi. Kadar bonus Tabung Haji adalah lebih tinggi berbanding dengan pulangan  simpanan di mana2 institusi perbankan Islam dan patuh Syariah. Bahkan risiko pelaburan amat rendah berbanding mana2 dana yg lain. Tahun lepas shj 8.25% bonus diagihkan kepada pendepositi dan  zakat juga telah dibayar oleh Tabung Haji.


  • Pelaburan hartanah yang dibuat oleh Tabung Haji  dan anak syarikatnya TH Properties adalah patuh syariah dan mampu menjana pulangan (yield) tidak kurang 6%. Dalam kes pelaburan Tun Razak Exchange, pelaburan dijangkakan memperolehi pulangan antara 7-9% setahun untuk 3 tahun iaitu bersamaan keuntungan kasar kira2 RM177 juta.   


  • Harus rasional bahawa yang didakwa bermasalah adalah 1MDB bukannya aset hartanah yang dijualnya. Analogi mudah bila kita beli rumah di kawasan strategik, , penilaian kita adalah atas dasar  harga rumah tersebut  akan naik tinggi selepas beberapa bulan atau tahun. BUKANnya siapa penjual rumah tersebut.   


  • Tabung Haji perlu meneruskan aktiviti pelaburannya kerana dua sebab:


  1. Untuk terus memberi subsidi pada jemaah haji, agar bayaran haji kekal RM9980 berbanding kos sebenar haji RM17,270 bagi setiap orang. Ini bermakna Tabung Haji subsidi RM7,290 setiap orang atau berjumlah RM120 juta bagi tahun 2015.
  2. Untuk terus bagi pulangan bonus yg baik kepada pendeposit khususnya mereka yangsimpan duit di Tabung Haji bagi tujuan pelaburan kerana sudah menunaikan haji. Simpanan pendeposit yang telah tunai haji adalah jauh lebih besar dari simpanan bakal-bakal haji.  


  • Kena juga ingat 2014 keuntungan drp hasil pelaburan adalah RM3.3 billion.

Justeru hentikanlah kempen2 sebegini yang hanya akan menjatuhkan institusi Islam dan Melayu. Jangan hanya mudah percaya pada maklumat2 yang bersifat andaian bahkan fitnah terutamanya di zaman media sosial yg penuh dengan tohmah dan fitnah. Amalkan prinsip'tabayyun' atau buat penilaian atau siasatan terperinci satu2 maklumat yang datang sebagaimana saranan Allah dalam surah Al-Hujurat sebelum bertindak mahupun menyebarkan dakyah. Berhujahlah atas dasar ilmu dan iman bukannya sentimen dan semangat retorik. Jangan pula nanti kita diibaratkan "menang sorak kampung tergadai".
 
Top