Kesemua 82 pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) dibuka 9 pagi ini. Proses penamaan calon akan berlangsung selama sejam sehingga 10 pagi.


Selepas itu, pegawai pengurus pilihan raya bagi setiap kawasan berkenaan akan mengumumkan calon-calon yang layak bertanding sekiranya ada pertandingan. Pengundian ditetapkan pada 7 Mei.


Pilihan raya itu diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 11 April. DUN


Sarawak kini mempunyai 82 kerusi berikutan persempadanan semula, yang menyaksikan tambahan 11 kerusi baharu.
 
Top