Lapan Juto (RM8 Juta) pitis diperuntukkan bagi persiape awal banjir sluruh negara kito. Bajet tu untuk guno wak beli bekalan makaney dan keperlue asas ko mangso-mangso hok duduk di pusat pemindahan sementara.

Kali ni Kerajaan Pusat perkenalkan mini depoh di pusat-pusat pemindahan sementara untuk pastike segalo bantue serupo makaney, ubatey dan sebagainya boleh disalurkey secara terus pado mangso.

"Kali ini (pada tahun ini) kita tambah mini depoh dan menambah baik pangkalan hadapan untuk memastikan bekalan kepada mangsa disalurkan tanpa sebarang gangguan seperti terputus hubungan dan sebagainya," kata Dato Rohani (gambar). Dato Rohani oyak ko pemberito selepas beliau buat tinjauan di Selangor. - www.guanoboh.com


 
Top