Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Pulau Pinang mula menjalankan misi bantuan kepada mangsa banjir kepada empat daerah di Kelantan yang terjejas teruk iaitu Kuala Krai, Tanah Merah, Tumpat dan Gua Musang.





Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pulau Pinang menggerakkan misi bantuan untuk membantu mangsa banjir.

Timbalan Pengarah JPAM negeri, Mejar Mohd Zul Khairi Shamsuddin berkata sebuah lori dengan muatan lima tan dan dua buah kenderaan pacuan empat roda  bergerak malam ini untuk menghantar bantuan.

"Sepuluh anggota JPAM dihantar untuk misi kali ini dan barangan makanan serta keperluan harian dihantar 8 malam ini," katanya kepada pemberita di Butterworth hari ini.

Zul Khairi berkata barangan berjumlah RM27,000 berjaya dikumpul daripada pelbagai pihak dan individu.
Bantuan itu akan disalurkan kepada empat daerah di Kelantan yang terjejas teruk iaitu Kuala Krai, Tanah Merah, Tumpat dan Gua Musang, katanya. – Bernama, 28 Disember, 2014.
 
Top